Logo Nadicom Digital WhatsApp
Sistem Gaji

SQL Payroll Kelantan

Kira gaji bulanan, caruman KWSP, PERKESO, EIS dan potongan PCB secara automatik. Kurangkan kesilapan, jimat masa, dan sedia untuk audit.

SQLPemasangan & sokongan

Pengiraan gaji secara manual mudah tersilap, terutamanya bila ada kerja lebih masa, elaun, cuti tanpa gaji dan perubahan kadar caruman. SQL Payroll mengira semuanya mengikut kadar terkini dan menghasilkan slip gaji serta fail caruman.

Kami bantu pindahkan data pekerja dan sejarah gaji, setup elaun dan potongan, serta membetulkan rekod lama jika ada kesilapan pada tahun-tahun sebelumnya.

Sesuai untuk
  • Kilang & kontraktor
  • Syarikat 5–200 pekerja
  • Restoran & runcit
  • Syarikat dengan pekerja harian / OT
Apa yang anda dapat

Skop servis

Pengiraan automatik

KWSP, PERKESO, EIS, PCB dan HRDF dikira mengikut kadar semasa.

Slip gaji

Cetak atau hantar slip gaji kepada pekerja.

Fail caruman

Jana fail untuk muat naik ke portal KWSP, PERKESO dan LHDN.

OT, elaun & cuti

Setup kerja lebih masa, elaun tetap/berubah dan cuti tanpa gaji.

Borang tahunan

Borang EA dan laporan tahunan untuk pekerja.

Pembetulan data lama

Kami boleh semak dan betulkan rekod gaji tahun lepas yang tersilap.

Soalan lazim

Soalan tentang SQL Payroll

Adakah kadar caruman dikemas kini?

Ya. Kemas kini perisian menggunakan kadar KWSP, PERKESO, EIS dan jadual PCB terkini.

Boleh betulkan rekod gaji tahun lepas?

Boleh. Kami pernah menyemak dan membetulkan rekod gaji beberapa tahun untuk pelanggan.

Berapa ramai pekerja yang boleh diuruskan?

Sesuai untuk syarikat kecil hingga sederhana. Hubungi kami untuk lesen yang sesuai dengan bilangan pekerja anda.

Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya

WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.