Sistem POS dan Stok untuk Pasaraya & Kedai Runcit
Scan barcode di setiap kaunter, stok ditolak terus, dan setiap belian dari pembekal direkod dalam SQL Accounting. Anda tahu item mana yang laku dan mana yang tersangkut di rak.
Pemasangan & sokonganPasaraya ada ribuan item, harga berubah selalu dan pembekal yang ramai. Tanpa sistem, stok fizikal dan stok dalam buku jarang sama.
Kami pasang SQL POS di kaunter dan SQL Accounting di pejabat, masukkan senarai item dengan barcode, dan latih juruwang serta staf stor.
Sesuai untuk- Pasaraya & mini market
- Kedai runcit
- Kedai borong
- Kedai berbilang cawangan
Ciri utama
Kaunter barcode
Scan, timbang dan cetak resit dengan cepat, walaupun banyak kaunter.
Stok & pembekal
Terima barang, pulang barang dan bayar pembekal dalam satu sistem.
Harga & promosi
Harga ahli, harga borong dan promosi ikut tarikh.
Stock take
Kira stok guna telefon dan bandingkan dengan rekod sistem.
Soalan tentang Pasaraya & Runcit
Boleh masukkan ribuan item sekali gus?
Boleh. Kami import senarai item dan barcode dari Excel atau sistem lama anda.
Kalau internet putus, kaunter masih boleh jalan?
SQL POS berjalan di komputer kaunter, jadi jualan masih boleh direkod tanpa internet.
Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya
WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.
