Buat App & Sistem Custom di Kelantan
Proses bisnes anda unik, dan perisian sedia ada tak cukup? Kami bina app mobile dan sistem web yang mengikut cara anda bekerja, termasuk notifikasi WhatsApp dan integrasi SQL Accounting.
Spreadsheet dan kumpulan WhatsApp boleh membawa bisnes sehingga tahap tertentu. Selepas itu, pesanan tercicir, stok tak sepadan dan laporan mengambil masa berjam-jam. Sistem custom menyelesaikan masalah ini dengan mengautomasikan kerja yang berulang.
Nadicom membangunkan app Android/iOS dan sistem web dari awal hingga akhir: analisis proses, reka bentuk, pembangunan, ujian, hosting dan sokongan.
Sesuai untuk- Kilang & pengeluar
- Syarikat logistik & penghantaran
- Gudang
- Persatuan & JMB
- Bisnes tempahan
Skop servis
App mobile
Aplikasi Android dan iOS untuk staf atau pelanggan.
Sistem web & dashboard
Boleh dibuka di mana-mana pelayar, dengan akses ikut peranan.
Notifikasi WhatsApp
Status pesanan, peringatan bayaran dan pengesahan dihantar automatik.
Integrasi kurier
Contohnya Pos Malaysia untuk jana nombor tracking.
Scan barcode & QR
Stock take dan semakan barang guna kamera telefon.
Hosting & sokongan
Kami hoskan, pantau dan kemas kini sistem anda.
Soalan tentang Buat App & Sistem Custom
Berapa kos buat app atau sistem?
Bergantung pada skop. Kami mulakan dengan perbincangan percuma dan sebut harga mengikut fasa.
Berapa lama untuk siap?
Sistem ringkas 2–4 minggu. Sistem besar dibahagikan kepada fasa supaya anda boleh mula guna lebih awal.
Siapa pemilik kod sumber?
Dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian sebelum projek bermula.
Biasanya diambil bersama
Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya
WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.
