Logo Nadicom Digital WhatsApp
Industri · Makanan sejuk beku

Sistem Akaun dan Stok untuk Frozen Food

Rekod stok ikut batch dan tarikh luput, keluarkan invois kepada stokis dan kedai, dan pantau siapa yang belum bayar, semuanya dalam SQL Accounting.

SQLPemasangan & sokongan

Frozen food bergerak cepat dan ada tarikh luput. Stok yang tak dipantau boleh rosak dalam peti sejuk, dan hutang kedai yang tak direkod susah dikutip.

Kami setup SQL Accounting supaya setiap barang masuk dan keluar direkod ikut batch, dan setiap pelanggan ada harga dan had kredit sendiri.

Sesuai untuk
  • Pengedar & pemborong frozen
  • Kedai frozen food
  • Pengeluar produk sejuk beku
  • Stokis & ejen
Apa yang anda dapat

Ciri utama

Batch & tarikh luput

Tahu batch mana yang perlu dijual dahulu sebelum luput.

Harga ikut pelanggan

Harga stokis, ejen, kedai dan runcit yang berbeza.

Invois & hutang

Invois, nota hantaran dan laporan hutang ikut umur.

e-Invoice LHDN

Invois dihantar ke MyInvois terus dari SQL Accounting.

Soalan lazim

Soalan tentang Frozen Food

Boleh rekod barang ikut berat?

Boleh. Item boleh dijual ikut unit, kotak atau kilogram.

Lori hantaran boleh keluarkan invois di lokasi?

Boleh dibincangkan. Kami boleh sediakan app ringkas untuk pemandu yang bersambung dengan SQL Accounting.

Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya

WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.