SQL Accounting Kelantan
Pemasangan, migrasi data, latihan staf dan sokongan SQL Accounting untuk syarikat di Kelantan. Pasukan kami di Wakaf Bharu boleh datang ke pejabat anda, atau bantu secara remote di mana-mana di Malaysia.
Pemasangan & sokonganSQL Accounting ialah perisian perakaunan yang digunakan secara meluas oleh bisnes kecil dan sederhana di Malaysia. Ia merangkumi akaun am, jualan, pembelian, stok, bank dan laporan kewangan, dan sudah bersedia untuk e-Invoice LHDN.
Masalahnya, ramai pemilik bisnes beli perisian tetapi tidak mendapat sokongan yang cukup selepas itu. Data lama tak dipindahkan dengan betul, staf tak dilatih, dan bila ada masalah, tiada siapa yang boleh datang. Nadicom Digital wujud untuk mengisi jurang itu di Kelantan. Bagi peniaga oghe Kelate, kami cakap bahasa yang sama dan faham cara bisnes tempatan berjalan.
Sesuai untuk- Kedai runcit & borong
- Kontraktor & pembekal
- Kilang & pengeluar
- Syarikat servis
- Persatuan & JMB
- Firma akaun kecil
Skop servis
Pemasangan & setup
Pasang di PC atau server pejabat, setup syarikat, carta akaun, cukai dan format dokumen.
Migrasi data lama
Pindahkan pelanggan, pembekal, stok dan baki pembukaan dari Excel atau perisian lama.
Latihan staf
Latihan bersemuka atau online: invois, terimaan, pembelian, stok dan laporan.
E-Invoice LHDN
Setup MyInvois terus dalam SQL Accounting supaya bisnes anda patuh tanpa kerja manual.
Sokongan selepas jualan
WhatsApp, panggilan, remote atau lawatan ke pejabat bila anda perlukan bantuan.
Integrasi sistem lain
Kami boleh sambungkan POS, e-commerce atau sistem stok anda terus ke SQL Accounting.
Soalan tentang SQL Accounting
Berapa lama untuk setup SQL Accounting?
Setup asas biasanya 1–3 hari bekerja. Migrasi data dan latihan bergantung pada jumlah data dan bilangan staf.
Boleh pindahkan data dari Excel atau perisian lama?
Boleh. Kami import senarai pelanggan, pembekal, stok dan baki pembukaan supaya anda tak perlu key-in semula.
Adakah latihan termasuk?
Ya. Kami latih staf anda mengikut tugas masing-masing: kerani jualan, pembelian, stor dan pengurusan.
Syarikat saya di luar Kelantan, boleh guna servis Nadicom?
Boleh. Pemasangan, latihan dan sokongan boleh dibuat secara remote ke seluruh Malaysia.
Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya
WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.
